Assalamualaikum semua.
Rasa macam agak lama juga aku tidak kemas kini blog ini. Maklumlah sedikit sibuk semenjak mula berpindah dari kawasan bandar ke kawasan kampung.

Kebetulan ada rezeki untuk aku, aku dapat beli set joran warna merah jambu lengkap. Memang itu warna kesukaan aku pun dan sesuai dengan konsep warna tema original karakter aku.
Untuk awal-awal memanglah kena kelaurkan duit untuk beli peralatan kan.
Lokasi yang aku selalu pergi selalunya di kawasan pantai. Setakat ini pantai yang jadi tempat aku selalu pergi ialah di Pantai Remis (Kuala Selangor), Pantai Merdeka (Kedah) dan Port Dickson (Negeri Sembilan).
Setakat ini selalunya aku dapatlah juga bawa balik beberapa ekor hasil tangkapan. Dan selalunya hasil tangkapan ni aku bagi anak-anak bulus aku makan. Rezeki buat mereka berdua merasa ikan segar.

.jpeg)


0 komen:
Post a Comment